Pengenalan Anatomi
Anatomi dan bahagian-bahagiannya.
Anatomi
ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara
setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani
“ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud memotong.
Kajian anatomi terdiri daripada beberapa bahagian yaitu:
Anatomi
makroskop atau anatomi kasar (gross) – Kajian dengan mata kasar tentang
struktur tubuh dan hubungannya antara bahagian-bahagiannya.
Anatomi mikroskop atau histologi – Kajian tentang tisu tubuh menggunakan microskop.
Neuroanatomi
– Kajian tentang sistem saraf.Anatomi perkembangan – Kajian tentang
proses perkembangan manusia seperti perkembangan embrio dan fetus yang
juga dikenali sebagai embriologi atau perkembangan pranatal/ postnatal.
Anatomi
perbandingan – Kajian anatomi dengan membandingkan anatomi haiwan yang
berbeza atau antara anatomi haiwan dengan manusia.
Anatomi sistem.
Dari
segi fungsi bahagian dan organ tubuh lebih mudah dihuraikan mengikut
sistem. Ini dikenali sebagai anatomi sistemik. Sistem tubuh merangkumi
sistem-sistem berikut:
Sistem rangka – Meliputi rangka tubuh yang terdiri daripada tulang dan rawan.
Sistem artikular – Terdiri daripada sendi dan ligamen di sekeliling sendi.
Sistem otot – Terdiri daripada otot tubuh.
Sistem saraf – Terdiri daripada otak, korda spina, saraf kranial, saraf spina dan ganglion.
Sistem
peredaran – Terdiri daripada sistem kardiovaskular iaitu jantung dan
saluran darah, sistem pengaliran limfa yang dibentuk oleh nodus limfa
dan saluran limfa.
Sistem pernafasan - Terdiri daripada organ pernafasan bermula dari hidung hingga ke paru-paru.
Sistem
pencernaan - Terdiri daripada saluran pencernaan bermula dari mulut
hingga ke dubur (anus) serta kelenjar yang terlibat dalam pencernaan
seperti penkreas dan hepar.
Sistem urinari – Merupakan sistem ekskresi yang terdiri daripada ginjal, pundi kencing dan saluran ekskrisinya.
Sistem pembiakan – Terdiri daripada organ genital internal dan eksternal.
Sistem endokrin – Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan atau merembeskan hormon.
Sistem
integuman – Merupakan sistem luar badan yang terdiri daripada kulit dan
apendajnya iaitu kuku, folikel rambut bersama dengan kelejar peluh dan
sebum.
Bahagian tubuh badan.
Anggota atas.
Bahagian bahu, lengan atas, siku, lengan bawah dan tangan.
Anggota bawah.
Kawasan glutieal, paha, lutut, betis, pergelangan kaki dan kaki.
Toraks.
Abdomen.
Pelvis dan perineum.
Kepala dan leher.
Fisiologi
Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan
Pengenalan Kepada Unit Berstruktur
Istilah anatomi
Setiap huraian dalam anatomi mempunyai istilah tertentu yang dinamakan ISTILAH ANATOMI.
Semua ini dibuat semasa tubuh berada dalam satu kedudukan yang tetap yang dikenali sebagai kedudukan anatomi.
Kedudukan
anatomi – Kedudukan bermakna tubuh berada dalam keadaan berdiri tegak
dengan kepala, mata dan jari kaki menghadap ke hadapan, manakala anggota
atas terletak di sisi tubuh dengan tapak tangan menghadap ke hadapan.
Antara istilah-istilah anatomi berdasarkan:
Satah
Satah sagital
Satah median (Midsagital)
Satah koronal (frontal)
Satah transvers
Satah oblik
Istilah kedudukan
Anterior (Ventral atau hadapan)
Posterior (Dorsal atau belakang)
Superior (Kranium atau atas)
Interior (Kaudal atau bawah)
Medial
Lateral
Istilah perbandingan
Proksimal
Distal
Sempadan praaksialSempadan posaksial
Ipsilateral
Kontralateral
Superfisial
Profundus
Interior
Eksterior
Parietal
Viseral
Istilah pergerakan
Fleksi
Ekstensi
Abduksi
Adduksi
Rotasi
Sirkumduksi
Ilustrasi pergerakan
Ilustrasi pergerakan
Ilustrasi pergerakan
Istilah pergerakan tangan dan kaki
Pronasi dan supinasi (tangan)
Eversi dan inversi
Pengenalan Kepada Unit Berstruktur
Perkembangan manusia
Tubuh terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom pada ARAS KIMIA.
Atom bergabung sesama sendiri membentuk molekul seperti karbon dioksida (CO2) dan air (H2O).
Penggabungan
ini membentuk molekul makro seperti karbohidrat, protein, lipid, dan
asid nukleik. Peringkat ini dikenali sebagai ARAS SEL.
Sel
pula ialah benda hidup terkecil yang terdapat dalam badan kita. Sel
mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai pengangkut nutrien dan
oksigen, tindak balas metabolisme dan mengeluarkan karbon dioksida.
Aras seterusnya ialah ARAS TISU.
Tisu
adalah sekumpulan sel yang secara bersama menjalankan fungsi khusus
yang sama. Contoh tisu epitelium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu
saraf.
Hasil gabungan dua tisu atau lebih akan
membentuk organ yang merupakan struktur diskrit. Peringkat ini dikenali
sebagai ARAS ORGAN. Kebanyakan organ mengandungi keempat-empat tisu
ini. Antaranya hati, ginjal dan jantung.
Aras
seterusnya ialah ARAS SISTEM yang terbentuk hasil gabungan beberapa
organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu.Aras yang
tertinggi ialah ARAS ORGANISMA yang merangkumi kesemua aras yang
berfungsi untuk mencapai kesejahteraan hidup.
Pengenalan Kepada Unit Berstruktur
Proses dalam badan manusia
Ilmu Kimia Tentang Manusia
Ilmu kimia???
Bahan dan tenaga
Bahan
ialah suatu yang memenuhi ruang dan mempunyai jisim yang boleh dilihat,
dihidu dan dirasa. Bahan wujud dalam bentuk pepejal seperti tulang,
cecair seperti plasma darah dan gas seperti udara yang disedut.
Sementara itu, tenaga boleh dikategorikan kepada
Atom
Merupakan
unit-unit terkecil dalam badan yang merupakan aras pertama dalam
organisasi struktur manusia. Penggabungan atom-atom akan membentuk
molekul.Elemen???
Kompoun???
Ion dan elektrolit???
Jenis kompaun???
Karbohidrat???
Lipid???
Protien???
Sel, Tisu dan Mambran
Mambran sel???
Nukleus???
Sitoplasma???
Pembahagian sel???
Sintesis protein???
Pergerakan bahan melalui membran sel???
Tisu???
Organ dan sistem???
Sistem Integumentari
Fungsi kulit
Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada kecederaan.
Bersifat kalis air,membantu mencegah kehilangan air dalam badan.
Peka kepada rangsangan sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan.
Menyingkirkan bahan kimia semasa perpeluhan seperti air, asid urik dan garam mineral berlebihan.
Struktur kulit
Struktur utama EPIDERMIS
Tambahan kulit???
Intergumentari dan hubungannya dengan mikroorganisma???
Sistem Rangka
Fungsi rangka
Sokongan
Perlindungan
Pergerakan
Pebentukan sel-sel darah
Penyimpanan mineral
Sistem Rangka
Struktur tulang panjang
Diafisis
Epifisis
Salur medulari
Tulang padat
Tulang berongga
Periosteum
Sistem Rangka
Jenis tulang
Panjang
Pendek
Leper
Tidak tentu bentuk
Tulang sesamoid
Sistem Rangka
Bahagian dalam sistem rangka
Sistem
rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada
tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej
dan sendi. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang
ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah
berongga yang mengandungi sum-sum.
Sistem Rangka
Rangka aksial dan apendikular
Rangka aksial - Terdiri dari tulang-tulang tengkorak, vertebra, sternum, rusuk dan hoid.
Rangka aksial - Terdiri dari tulang-tulang tengkorak, vertebra, sternum, rusuk dan hoid.
Sistem Rangka
Struktur sendi
Kartilej artikular
Kapsul artikular
Ligamen
Tendon
Jenis sendi
Diartroses – pergerakan bebas; cth: bola dan soket, engsel.
Amfiartroses – pergerakan terhad cth; simfisis pubis.
Sinartroses – tiada pergerakan, cth: sutura.
Sistem Rangka
Jenis pergerakan di sendi
Fleksyen
Ekstensyen
Abduksyen
Aduksyen
Sirkumduksyen
Putaran/Rotation
Pronasi
Supinasi
Sistem Rangka
Tumbesaran
Arah tumbesaran
Berterusan
sehingga remaja. Plat epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara
memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanak-kanak. Semasa
tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara mitosis dan
memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus
terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis.
Sistem Otot
Jenis otot
Otot rangka
Otot licin/ otot viseral
Otot kardiak
Ciri-ciri otot
Menguncup
Meregang
Elasticity
Irritability
Sistem Otot
Fungsi otot
Bertanggungjawab bagi kesemua pergerakan badan
Mengekalkan postur
Menstabilkan sendi
Menghasilkan haba badan
Sistem Otot
Lekatan otot
PuncaBahagian otot yang melekat pada struktur yang tetapPaling sedikit bergerak sewaktu penguncupan ototSelitan/ lekatan
Bahagian otot yang melekat pada struktur yang bergerak
Paling banyak bergerak sewaktu penguncupan otot
Sistem Otot
Fungsinya lekatan otot
Sistem Saraf
Pengenalan kepada sistem saraf
Sistem saraf
Neuron
Ciri-ciri neuron
Jenis-jenis neuron
Fungsi sel saraf
Sinaps dan transmisi impuls
Sistem Saraf
Sistem saraf
Terdiri dari otak, saraf tunjang dan saraf-saraf
Fungsi utama - selaras serta satukan aktiviti badan
Neuron
Unit asas sistem saraf yang berstruktur dan berfungsi
Mempunyai sambungan yang dikenali sebagai proses atau fiber
Fiber neuron:-
Dendrites
Axon
Sistem Saraf
Ciri-ciri neuron
Mudah terangsang (irritability)
Mudah mengalirkan impuls (conductivity)
Jenis-jenis neuron
Sensori/ aferenMotor/ eferen
Gabungan/ sambungan/ internuncial
Sistem Saraf
Fungsi sistem saraf
Mengitergrasikan rangsangan yang diterima.
Menterjemah rangsangan.
Mencetuskan pergerakan motor.
Menyimpan maklumat.Menjana pemikiran dan idea.
Sistem Saraf
Sinaps dan transmisi impuls
Impuls yang bergerak dari axon satu sel ke dendrite sel yang lain dikenali sebagai sinaps
Ruang antara sel ini dikenali sebagai klef sinaptik.
Axon akan melepaskan neurotransmiter dan impuls akan melompat klef sinaptik satu sel ke sel lain
Sistem Saraf
Pembahagian saraf
Saraf Tunjang
Terdiri dari otak dan saraf tunjang
Bahagian serebrum otak
Terbahagi kepada dua hemisfera
Setiap hemisfera terbahagi kepada empat bahagian:
Frontal – bahagian yang mengawal pergerakan otot
Parietal – bahagian deria rasa yang menerima rangsangan panas, sejuk, dsb
Oksipital – bahagian visual mengawal penglihatan
Temporal – bahagian auditori (pendengaran) dan olfaktori (hidu)
Saraf tunjang
Berfungsi sebagai pusat refleks dan laluan aliran impuls kepada dan daripada otak
Sistem Saraf
Saraf Periferi
Merangkumi kesemua saraf-saraf dalam badan
Satu bahagian khusus sistem ini dikenali sebagai sistem saraf autonomik
Fungsi sistem saraf periferi
Mengawal aktiviti automatik badan
Bertindak sebagai pusat refleks
Sistem Saraf
Saraf terdiri dari ikatan fiber saraf, sama ada sensori (aferen) atau motor (eferen).
Sekiranya terdapat kedua-dua jenis saraf dalam satu ikatan ianya dinamakan sebagai saraf gabungan (internuncial)
Saraf
aferen membawa impuls dari deria rasa ke otak atau saraf tunjang; saraf
eferen daripada otak / saraf tunjang ke otot / kelenjar
Sistem Saraf
Saraf kranial
Bermula di otak
Khas untuk bahagian kepala dan leher12 pasangan kesemuanya
Saraf spinal
Bermula di saraf tunjang dan melalui foramen di vertebra
Membawa maklumat dari dan ke saraf tunjang, otak dan bahagian lain badan
Plexus – rangkaian saraf spinal dan vena di bahagian tertentu badan
Sistem Saraf
Saraf Autonomik
Termasuklah saraf, ganglia dan plexus
Fungsi adalah mengawal aktiviti luar kawalan badan
Dipengaruhi oleh emosi
Terbahagi kepada dua bahagian:
Simpatetik
– merangsang jantung, perut, intestines, saluran darah, kelenjar peluh,
iris mata dan pundi kencing. (sistem fight or flight)
Parasimpatetik – kesan bertentangan dengan bahagian simpatetik untuk mengembalikan keseimbangan
Sistem Urinari
Pengenalan kepada sistem urinari
Melindungi ginjal dan ureter.
Pelvis melindungi pundi kencing dan utetra proksimal.
Memulihara kalsium dan fosfat untuk tumbesaran tulang.
Mengkumuh bahan sisa.
Fungsi sistem urinari
Rembesan
Pengekalan keseimbangan asid-bes
Perkumuhan
Pembuangan urin
Organ sistem urinari
Ginjal
Nefron (Bowman Capsule) – Unit berfungsi ginjal yang terkecil sekali.
Ureter
Urerta
Pundi kencing
Deria Khas
Mata
Struktur mata (a)
Struktur mata (b)
Laluan penglihatan
Struktur mata (b)
Laluan penglihatan
Telinga
Struktur telinga
Telinga luar
Telinga tengah
Telinga dalam
Laluan pendengaran
Keseimbangan (Equilibrium)
Sistem Reproduktif
Fungsi sistem reproduktif
Menghasilkan zuriat.
Menghasilkan hormon seks.
Sistem reproduktif mengikut jantina
Lelaki – Penis, testis, vesikel semen, kelenjar prostat dan uretra.
Sistem reproduktif mengikut jantina
Perempuan – Ovari, tiub faliopio, uterus dan vagina.
Kitaran haid
sumber: http://sainssukan.forumotion.com
0 komentar:
Posting Komentar